BAKU (Azerbaijan): Azerbajian, tuan rumah Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP29) pada tahun ini, menasihatkan wakil dari 110 negara supaya mengelak menuding jari kepada siapa pencemar utama, sebaliknya memberi tumpuan kepada tindakan iklim kolaboratif.
Malaysia adalah ahli Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB (UNFCCC) dan mengambil bahagian dalam Persidangan Para Pihak (COP) yang diadakan setiap tahun.
Bercakap pada majlis perasmian Forum Dunia ke-6 mengenai Dialog Antara Budaya, Presiden Iham Aliyev menegaskan bahawa sekiranya tidak berbuat demikian akan membawa kepada bencana, dengan berkata: "Kita bukan sahaja memerlukan pembiayaan...kita perlukan perpaduan dan kepercayaan bersama," katanya.
Merujuk kepada kontroversi yang menyelubungi peranan UAE sebagai tuan rumah persidangan perubahan iklim COP28 - dengan pengkritik mempersoalkan kredibiliti dan komitmen ahli OPEC terhadap tindakan iklim yang bermakna - Aliyev menambah tidak sepatutnya ada diskriminasi terhadap negara pengeluar minyak.
"Bukan salah kami mempunyai minyak dan gas. Sesetengah yang lain mempunyai sumber semula jadi lain dan sudah tentu setiap negara mempunyai hak untuk menggunakan sumber semula jadinya untuk kepentingan negara," katanya.
Aliyev berkata, pendapatan daripada minyak dan gas telah membolehkan Azerbaijan melabur dalam tenaga boleh diperbaharui dan membuat peralihan daripada bahan api fosil.
Beliau memberi contoh dua loji tenaga solar dan angin yang akan beroperasi menjelang 2027 dan lima lagi loji jana kuasa pada 2030, untuk menyediakan "100 peratus" keperluan elektrik Azerbaijan.
Beliau juga berkata, negaranya menyediakan keselamatan tenaga kepada lapan negara di rantau itu.
Azerbaijan telah muncul sebagai pembekal utama minyak dan gas ke Kesatuan Eropah (EU), yang terpaksa mencari sumber alternatif dari Rusia, yang disekat untuk pencerobohannya ke atas Ukraine pada 2022. EU menggandakan import minyak dan gas dari negara Caucasus Selatan.
Dalam ucapannya, Aliyev menekankan kepentingan keamanan dan keselamatan berikutan konflik Gaza dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
"Sejak kali terakhir kita bertemu pada 2019, malangnya dunia tidak menjadi lebih selamat," katanya.
Beliau menyeru agar setiap negara melayan negara lain dan rakyatnya dengan bermaruah dan hormat untuk memastikan keamanan dan keselamatan, mengakui kepentingan kepimpinan agama dalam mengukuhkan mesej itu.
Menggunakan pengalaman Azerbaijan dalam menangani pertembungan etnik dan kepelbagaian budaya, beliau berkata orang ramai harus berasa selamat dan dilayan dengan bermaruah dan hormat serta memberi amaran tentang masalah sosial dan politik jika keperluan itu tidak dipenuhi.
Beliau menegaskan, perjuangan Azerbaijan menentang neo-kolonialisme oleh "negara-negara Eropah" yang besar, seperti Perancis, sebagai Pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Azerbaijan menganggapnya sebagai perjuangan untuk keadilan. Menggelar neo-kolonialisme sebagai "menjijikkan", beliau menuduh negara-negara itu hipokrit dan berkata tindakan neo-kolonialisme mesti dihentikan.
Beliau juga mengakui bahawa perang kadang-kadang perlu untuk membawa keamanan, mengatakan Azerbaijan perlu mempertahankan integriti wilayahnya dan memerangi gerakan pemisah dalam konflik Nagorno-Karabakh. Perang Nagorno-Karabakh Kedua berakhir 1 Jan tahun ini dengan pembubaran pemisah Republik Artsakh.
Forum itu juga berharap dapat meneroka cara terbaik untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan termasuk perubahan iklim dan kecerdasan buatan.
Forum Dunia ke-6 mengenai Dialog Antara Budaya dengan tema, "Dialog untuk Keamanan dan Keselamatan Global: Kerjasama dan Kepimpinan dalam Kesalinghubungan" berlangsung dari 1 Mei hingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan dan disokong oleh PBB.
Malaysia menghantar delegasi senator ke Forum Dunia yang diketuai oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Aliyev berkata, pendapatan daripada minyak dan gas telah membolehkan Azerbaijan melabur dalam tenaga boleh diperbaharui dan membuat peralihan daripada bahan api fosil. - Gambar fail/REUTERS
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Tentera zionis Israel pada Sabtu dilihat terus mara ke utara Gaza dengan menggunakan kereta kebal dan kenderaan berperisai. Kali ini, lokasi operasi rejim itu tertumpu ke Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Polis Israel bertindak melepaskan meriam air bagi meleraikan penunjuk perasaan anti-kerajaan yang menggesa pembebasan tebusan yang ditahan Hamas.
Elak masalah, guna talian kecemasan di gelang haji
Dalam usaha memastikan keselesaan jemaah haji ketika menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu, Lembaga Tabung Haji, TH menyediakan khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu di mekah.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jangan kaitkan serangan dengan aktiviti ekstremism
Orang awam dinasihat tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan tragedi serangan di balai polis di Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Jemaah Islamiyah tidak lagi berpegang kepada ideologi lama
Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa berkata, kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) tidak lagi berpegang kepada ideologi kepimpinan terdahulu.
Malah selepas tampuk kepimpinan JI diambil alih oleh para Wijayanto, kumpulan itu juga katanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda.
Malah selepas tampuk kepimpinan JI diambil alih oleh para Wijayanto, kumpulan itu juga katanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negaranya.
Ia susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Ia susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'
Vermont State University Castleton Campus mengumumkan anugerah khas kepada kucing digelar Max itu kerana kemesraan luar biasa.
Tujuh suspek direman merupakan warga tempatan - KPN
Semua suspek yang direman hari ini susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam merupakan rakyat tempatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Razarudin berkata tiada warga Singapura direman bagi membantu siasatan kes berkenaan seperti dilaporkan media pada Sabtu.
Razarudin berkata tiada warga Singapura direman bagi membantu siasatan kes berkenaan seperti dilaporkan media pada Sabtu.
Al-Mawasi 'neraka' ciptaan rejim Zionis
Lebih 400,000 penduduk Gaza kini berlindung di al-Mawasi tanpa mengetahui muslihat sebenar rejim Zionis menempatkan mereka di situ.
Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu.
Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29
Azerbajian menasihatkan wakil dari 110 negara anggota COP29 supaya mengelak menuding jari sebaliknya tumpu kepada tindakan kolaboratif.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Armenia, Azerbaijan setuju bebaskan tahanan
Armenia dan Azerbaijan pada Khamis bersetuju untuk saling membebaskan tahanan.
Armenia zahir kekecewaan kenyataan delegasi PBB selepas lawatan ke Nagorno-Karabakh
Dengan kebimbangan dan kekecewaan yang mendalam, Armenia memperoleh maklumat mengenai lawatan delegasi PBB ke Nagorno-Karabakh.
Hampir 100,000 penduduk Nagorno-Karabakh lari ke Armenia
Hampir 100,000 penduduk melarikan diri dari Nagorno-Karabakh ke Armenia selepas wilayah itu ditawan Azerbaijan dalam operasi ketenteraan.
Depoh bahan api meletup di Nagorno-Karabakh ragut 20 nyawa, ratusan lagi cedera
Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala 290 lagi cedera dalam insiden letupan depoh bahan api di wilayah Nagorno-Karabakh pada Isnin.
Nagorno-Karabakh: Azerbaijan, Armenia setuju gencatan senjata sepenuhnya - Rusia
Azerbaijan dan wakil penduduk Armenia di Nagorno-Karabakh telah bersetuju mengenai menghentikan permusuhan sepenuhnya melalui pengantaraan pasukan pengaman Rusia.
Konflik Azerbaijan-Armenia: UNSC adakan mesyuarat tergempar
Jurucakap Kementerian Luar Armenia Ani Badalyan mengesahkan pada Selasa bahawa mesyuarat tergempar UNSC berhubung situasi di wilayah Nagorno-Karabakh yang dipertikaikan akan diadakan pada 21 Sept.
Malaysia digesa manfaatkan Azerbaijan sebagai hab masuk pasaran Asia Tengah, Eropah Timur
Ahli perniagaan dan syarikat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan lokasi strategik Azerbaijan sebagai hab bagi menembusi pasaran ke negara jiran di Asia Tengah dan Eropah Timur.